Wednesday, October 14, 2009

Aktiviti Hujung Minggu















Ini gambar bujangku tengah posing kat Jaya Jusco. Namanya Muhammad Zulfikri dan Muhammad Zulfarish. Adik ni parangai dia advance sikit dari abang...lasak dia pun boleh tahan... ini gambar dia posing sebelum dia dapat masuk ke dunia hidupan air...yang sebenarnya dia tak dapat masuk kerana di bawah umur...tapi akhirnya dia dapat juga masuk atas budi bicara budak yang jaga kat situ... yang abang pula dah kena buli kat dalam tu...kawan - kawan tu sebenarnya baru je dia kenal kat dalam tu. dia memang cepat boleh kawan dengan orang. nak masuk ke sini pun ada syaratnya pula. Masa ternampak tempat ni dua - dua orang ni dah excited sangat nak masuk tapi kena ada bukti pembelian dari jj dulu baru dapat masuk. jadi ibunya pun terpaksanya membeli sepasang kasut untuk dijadikan syarat supaya dapat masuk. dah dapat resit, pergi la nak register, pastu kena tunggu pula lagi 1 jam..so kitaorang pergi la makan pizza dulu...kalau tak budak- budak ni dah tak sabar nak masuk..dah selesai makan barulah pergi semula kat sini. Nasib tunggu 15 minit je...tak sabar 2 beradik ni nak masuk...tengok- tengok adik tak dapat masuk pula sebab tak cukup umur. syaratnya mesti 4 tahun ke atas. adik baru nak masuk 3 tahun. tapi disebabkan badan dia agak besar dan dia pun dapat masuk...nasib orang lain tak tahu...selamat juga akhirnya...sebenarnya dia dah nak nangis sebab dia tak dapat masuk sedangkan abang dah berseronok main kat dalam tu....tapi memang puas hati la tengok dia main sampai dah tak pedulikan ibu kat luar ni...

No comments:

Post a Comment